Sunday, 18 May 2014

AKU ANAK YATIM

AKU,,,

aku menjadi anak yatim ketika berusia 7 tahun setelah ayah kembali ke rahmahtollah.Tepat pandangan pakar psikologi kematian merupakan satu peristiwa yang sukar dilupai. Kematian amat memeritkan untuk dikenangan. Bagi aku mengalami kematian seorang ayah ketika usia aku 7 tahun amat sukar untuk dilupakan kerana ketika seusia itu aku sudah merasai kasih sayang dan budi ayah.


Masih aku ingat ayah mengajar berpuasa. Ayah pernah membawa aku keluar ke bandar dan mencari kedai makan kerana aku lapar. Di dalam kedai terdapat ramai orang dewasa menjamu selera kerana tidak berpuasa. Ayah kata mereka uzur. Waktu itu aku tidak faham hukum maka aku hanya melihat mereka menjamu selera begitu enak!

Ayah pernah berpesan, jangan buat jahat. Jangan bunuh binatang ketika berpuasa. Mana aku tahu apa sebabnya. Kesan nasihat itu sehingga kini aku jadi simpati kepada semua haiwan walaupun seekor ular yang sedang melintasi jalan ketika memandu kereta.

Masih ingat ayah pernah berpesan kepada emak agar menghantar aku mengaji di sekolah pondok agar aku boleh menjadi guru agama. Akhirnya aku faham setelah menjumpai beberapa buku catatan bertulisan jawi ketika arwah pernah belajar dengan seorang guru agama.

Kesukaran menjadi anak yatim ialah ketika melihat kawan-kawan memiliki ayah. Malahan semua ayah mereka aku anggap macam ayah sendiri walaupun mereka tidak ketahui.aku hanya berkata di dalam hati, " sahabat ..izinkan aku menumpang ayahmu...". Sebab itu aku ramai ayah angkat yang tidak diisytihar secara lisan. Namun aku fikir mereka faham kerana riaksi aku. Segala teguran mereka aku ingat hingga kini dan Insyallah hingga akhir hayat!

Ketika ayah meninggal dunia, aku sedang demam panas. Badan aku lemah ketika melihat jasad ayah diturunkan ke liang lahad. aku hanya melihat dari  jauh jasad yang selimuti kain kafan diturunkan untuk disemadikan di alam barzah....Ohh aku tiada lagi ayah. Hingga kini sekiranya aku menziarahi sesiapa sahaja yang meninggal dunia paling tidak dapat aku lihat ialah keadaan anak-anak mereka yang kesayuan/kepiluan disaat itu.

Justeru, keadaan sekarang amat baik. Anak-anak yatim dipelihara dengan baik oleh kita. Ada rumah amal atau pihak yang mengambil berat mengenai nasib dan masa depan. Ya, anak-anak yatim harus dijaga perasaan mereka. Jika anak-anak yatim yang ketiadaan ibu ayah ketika masih kecil mungkin perasaan mereka tidak seperti yang sudah remaja. Jaga jiwa mereka. Seandainya ada anak-anak yatim yang dirampas kasih sayang seperti ayah kawin lagi, emak kawin lagi mungkin perasaan mereka akan musnah.

 Harta, jangan rampas hak mereka. Pelihara harta mereka, jangan rampas hak mereka kerana mereka harus hidup dengan peninggalan harta itu. Islam sendiri meletakkan hukum, merampas harta anak-anak yatim berdosa besar.

  Aku pernah melihat dan mendengar kisah-kisah harta anak-anak yatim dirampas dengan kejam dengan berbagai cara yang kasar atau halus.

Ada pihak-pihak yang menggunakan nama anak-anak yatim untuk memungut derma maka mereka harus amanah. Jangan menggunakan nama yatim ketika memungut derma/sedekah, tetapi hasil kutipan diselewengkan. itu pada aku amat mendukacitakan.

Ingat firman Allah dalam Surah AN NISAA' (WANITA)




waaatuu alyataamaa amwaalahum walaa tatabaddaluu alkhabiitsa bialththhayyibi walaa ta/kuluu amwaalahum ilaa amwaalikum innahu kaana huuban kabiiraan
[4:2] Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.




INGAT ini sekadar perkongsian dan sama2 lah kita membantu mereka yang memerlukan...


nur_ain_asiah...

No comments:

Post a Comment