Monday, 26 May 2014

DERITA SEORANG IBU...

IBU DIBUANG KERANA DIANGGAP MEMBEBANKAN...


5 orang anak yang berkerjaya belum tentu boleh menjaga seorang insan istimewa yang bergelar IBU. ini kerana kekayaan dunia telah membutakan hati anak-anak dan menganggap ibunya pembawa malang dan bebanan dalam hidup mereka 5 beradik. 

INI RINTIHAN HATI PUAN SALMAH YANG BERUMUR 62 TAHUN,
 DITINGGALKAN OLEH ANAKNYA DI,
RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL- IKHLAS,
DI PUCHONG...

puan salmah mempunyai 5 orang anak, 3 orang menantu dan 4 orang cucu. anak sulung puan salmah bernama farah, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan. 
anak yang kedua bernama faris, juga sudah berkahwin tapi belum mempunyai anak.
anak yang ketiga pula bernama farid, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki, manakala anak ke empat, fazura dan yang bongsu farhan masih bujang.
....................................................................


'IBU!!', jerit farah yang baru pulang dari kerja. ' ibu tolong kemaskan barang2, farah nak hantar ibu dekat rumah faris sebab lusa farah nak pergi bercuti dengan keluarga farah' kata anak sulungnya sambil membuat air di dapur.
' kalau nak bercuti dengan keluarga farah, kenapa tak bawak ibu sekali nak?' tanya ibunya sambil tersenyum dan dengan harapan, anaknya akan membawanya bersama. tapi sangkaan ibunya hancur bila farah tiba2 marah dengan petanyaan ibunya tadi.
'ibu merepek apa ni? farah nak bawak suami dan anak2 je. kalau farah bawak ibu nanti menyusahkan farah la. dah pergi kemas barang tu cepat, farah nak hantar rumah faris sekarang'. tengking farah tanpa menghiraukan perasaan ibunya...

setelah sampai sahaja dihadapan rumah faris, farah terus mengarahkan ibunya keluar dari kereta. ' ibu tunggu faris balik dekat luar ni, farah dah lambat jadi tak boleh nak teman ibu sampai faris balik' sambil tarik tangan ibunya keluar dari kereta.. 
'terima kasih farah, nanti kirim salam pada suami dan anak2 ea'  ibunya masih boleh bercakap dan senyum pada anaknya walaupun dilayan sebegitu.

puan salmah melihat rumah mewah anak kedua nya, faris. terlintas di fikirannya memikirkan adakah rumah mewah ini dapat menerimanya disini. tiba2 puan salmah minitiskan air mata bila mengenangkan perbuatan farah padanya.

setelah 2 jam puan salmah duduk di luar rumah, akhirnya faris dan isteri pulang. alangkah terkejutnya mereka bila melihat keadaan ibunya di depan pintu rumah mereka yang dalam kesejukkan akibat hujan lebat.
'ya allah, bila ibu sampai?' rita memeluk ibunya dan terus membawa masuk kedalam rumah. rita adalah menantu dan isteri faris.
belum sempat ibunya duduk, faris terus mendesak ibunya untuk cerita apa yang berlaku.
'ibu cakap dengan faris, kenapa kak long hantar ibu tanpa pengetahuan faris?' tengking faris pada ibunya.
belum sempat ibunya menceritakan semuanya, tiba2 ibunya pengsan. faris dan rita segera membawa ibunya berehat ke bilik.

malam tu faris tak dapat tidur kerana memikirkan ibunya. faris risau kalau ibunya akan tinggal lama bersamanya kerana bagi faris, dengan adanya ibu dirumah itu akan menyusahkan dan memalukan dia kalau kawan2 dia datang ke rumah dan tahu yang ada orang tua dalam rumah ni. faris segera menghubungi kak long dan adik2 untuk jumpa esok dan berbincang hal ibu.

.........................
'rita, kenapa semua anak2 ibu datang rumah faris ni? rindunya ibu pada mereka' kata puan salmah pada menatunya dengan perasaan gembira.
tapi rita yang sudah mengetahui hal sebenarnya, hanya mendiamkan diri dan senyum melihat mentuanya.

'ha faris, ada apa ko suruh kami semua ni datang?' tanya farah pada adiknya dengan nada yang agak tak puas hati. tanpa melengahkan masa faris terus menyatakan hasratnya untuk hantar ibu ke rumah orang tua
 'fazura dengan farhan tak kisah sebab kami memang tak ada masa nak jaga.' fazura terus setuju dengan cadangan abangnya.
farid anak ketiga membantah cadangan itu. 'aku tak setuju, biar ibu tinggal dengan aku je'.
'ehh, ko jangan nak tunjuk baik pulak. kami semua dah bersetuju nak hantar ibu ke rumah orang tua'. marah farah pada adiknya.
tapi kali ni farid berkeras dan akhirnya membawa ibunya pulang ke rumah.


seminggu berlalu hanya kesedihan yang puan salmah dapat bila tinggal dirumah anaknya. sangkaan puan salmah pada mulanya yang farid benar2 menyanginya tapi tujuan yang sebenarnya membawa puan salmah tinggal bersama adalah untuk menjaga anak2 dan mengemas rumahnya.
dibuat ibunya seperti orang gaji. sikap zara iaitu menantu dan isteri farid juga bersikap tidak menghormati orang tua..
'ibu, mana zara punya baju blaus merah'? tanya zara sambil menyelak pakaiannya
dalam almari.
'maafkan ibu nak. baju tu ibu belum basuh lagi'. jawab ibunya.
zara tidak berpuas hati dengan jawapan ibunya dan terus bertindak kasar. 'pemalas punya orang tua, dah aku bagi makan dan tempat tinggal tapi masih tak tahu buat kerja lagi'. marah zara sambil menolak ibunya sehingga jatuh.



kini selepas 3 bulan orang gaji farid telah pulang dari kampung. bagi farid dan zara, sudah sampai masanya untuk hantar ibu ke rumah orang tua. jadi tanpa berbincang semula dengan adik beradik yang lain mereka berdua terus hantar ibu ke rumah orang tua di puchong. paling menyedihkan tinggal beberapa minggu lagi akan menyambut hari raya puasa.

tanpa rasa kasih sayang antara ibu dan anak, faris langsung tidak menjenguk ibunya selepas ibunya dihantarkan kesana.

..................................
esok adalah hari yang dinantikan oleh semua umat islam untuk menyambut hari lebaran. bagi yang berkeluarga mereka sibuk menyiapkan penyedian tapi bagi puan salmah,
hanya air mata yang menemaninya.
puan salmah menulis sepucuk surat buat kelima anak2 nya...

"assalamualaikum buat anak2 yang ku kasihi,
 Apa kabar, anakku? Sehatkah engkau hari ini? Sudah makan kah engkau, sayang? Nak, ibu berharap kau selalu dalam lindungan Tuhan yang Maha Kuasa.
wahai anak ku, 
farah,faris,farid,fazura dan farhan ,
Jauh sebelum kau hadir dalam kehidupan Ayah dan ibu, kami selalu berharap dan berdo’a agar nantinya dikaruniai anak-anak yang baik, taat kepada Tuhan Yang Maha Esa, berbakti kepada orang tua, serta menjadi seorang ummat yang berguna untuk agama dan bangsa.
Anakku…

Sembilan bulan sepuluh hari kau mendiami perut ibu, akhirnya kau melihat dunia. Betapa senangnya hati ibu saat itu, mengalahkan rasa sakit yang amat sangat, antara hidup dan mati. Alhamdulillah kau lahir dengan selamat.
 semasa kecil mu, kamu semua berjanji akan menjaga ibu tapi selepas semua anak2 ibu mempunyai keluarga kamu semua buang ibu di tempat istimewa ini.
ibu tak marahkan kamu semua,
ibu minta maaf kerana menyusahkan anak2 ibu,
ibu doakan kebahagian kamu dunia akhirat dan semoga cucu2 ibu tidak melakukan perkara yang sama terhadap anak2 ibu,
ibu khaskan surat ini buat kelima-lima anak ibu yang dikasihi.
ini sahaja dari ibu, 
maafkan ibu kerana saat kamu membaca surat ini ibu sudah pergi jauh.
jangan lah kamu semua menangis dan menyesal dengan apayang telah berlaku.

sampai kan salam ibu pada cucu2 ibu,
selamat hari lebaran buat anak2ku.
ibu pergi dulu.....assalamualaikum..."
 .................

pada hari raya pertama, hanya tangisan marah dan menyesal yang menemani mereka 5 beradik setelah membaca surat dari ibu. yang pada awalnya mereka berniat nak membawa ibu pulang dan menjaga ibunya tapi dah terlambat.
puan salmah dah pergi menemui pencipta,

..........TAMAT........
HARGAI LAH IBU SELAGI MEREKA MASIH ADA.


nur_ain_asiah_G









Saturday, 24 May 2014

LCCT_BILA HARGA TENGAH MALAM...



Assalamualaikum, saya ain ukasyah ingin berkongsi kisah dan pengalaman saya bekerja sebagai khidmat pelanggan di lapangan kapal terbang LCCT . nak kata kisah menarik tu tak la tapi sekadar nak berkongsi pengalaman dan pengajaran.

                                                                                  Gambar hiasan_mij_lcct

Sejak aku bertugas sebagai khidmat pelanggan di LCCT, aku jumpa macam2 perangai manusia, sampaikan pernah terlintas dalam hatiku berkata’ isshh berlagak betul orang ni’…hurmmm, tu la melayu kan, kebanyakkan bila da Berjaya semuanya sombong sampaikan sambal belacan dan budu pn tak kenalkan. Huhuhuhu..

Hari ini, aku bertugas shift petang. rasa semangat nak masuk kerja, maklum la dah puas bercuti dua hari.  Sebelum pergi terminal aku dan siti singgah kedai wak untuk beli makanan. Bila semua dah sampai dekat pool, baru la kami bergerak ke terminal.

‘kak sab, hari ini kalau saya nak tukar duduk dekat kaunter ketibaan antarabangsa boleh tak?’ Tanya aku pada ketua kumpulan yang sporting sangat2. ‘ boleh nanti akak tanyakan ida sebab dia pun tak sihat sangat’.  Aku tersenyum dengan jawapan kak sab.
 Dalam sibuk membuat kerja dan melayan penumpang yang nak menaiki teksi, tanpa disedari jam dah pukul 11.
 ‘ ehh siti ni dah mula sibuk la, Q pun dah ada ni’ aq bagi tahu siti yang sedang leka berborak dengan kak sarah.
‘ala, biar la kalau nak Q panjang pun. Kita layan kan je la, hurmm macam tak biasa pulak’. Jawab siti dengan sinis. Tapi aku tak kisah pun bila siti jawab macam tu sebab aku dah tahu yang cara dia memang kasar sikit tapi hati dia baik.

Bila selesai Q di kaunter aku, siti dan kak sarah pun duduk. Tiba2 datang la sorang penumpang lelaki melayu nak pergi Bandar tun razak.
‘selamat malam encik, boleh saya bantu. Encik nak pergi mana ea?’ aku melayan penumpang tu dengan senyuman yang ikhlas tapi penumpang tu sombong pulak. Bila aku da print tiket, aku berpesan pada penumpang tu supaya menaiki teksi sekarang sebab jam menunjukkan pukul 11.45 pm..

‘suka hati I la nak ambil teksi pukul berapa, u buat je kerja u tu.’ Jawab penumpang tu lalu tinggal kan kaunter tanpa sempat aku terangkan yang selebihnya.
Bila kak sab sampai je dekat kaunter, aku terus cerita kan semuanya. ‘ tak apa sya, kita tunggu panggilan dari marshall, kalau jadi kes baru engkau cerita kan pada penyelia’. Kak sab menenangkan aku, bila tengok aku yang dah naik hantu dengan penumpang tadi.

Budak shift malam dah sampai dan aku pun dah siap closing sales. Sambil menunggu kak sab kirakan sales siti dan kak sarah, aku pun berborak dengan kak pina dan cerita kan hal tadi. Tengah aku rancak bercerita tiba2 penumpang yang sombong tadi datang mengamuk dekat kaunter.

‘ ehh mana perempuan yang jualkan tiket ni tadi?’ penumpang tu menengking kak pina. Tapi kak pina masih menjawab dengan baik. ‘ ea encik ada apa2 yang boleh saya bantu?...

‘ apa masalah aku nak kena tukar tiket? Apa hal tak nak bagi aku naik teksi?’ marah penumpang tu sambil menghentak meja.
‘ tak apa kak pina biar saya yang cakap sebab dia dengan saya tadi. ‘ aku menarik tangan kak pina ke belakang. ‘ maaf encik saya dah bagi tahu yang encik kena ambil teksi awal tadi tapi tak sempat saya terangkan, encik dah pergi’… aku terangkan semula pada penumpang tadi, tapi ikutkan hati memang aku nak ketawakan dia aje.

Disebabkan penumpang tu tak nak mengaku salah, dia masih bising dekat kaunter dan nak tiketnye ditukar pada harga tengah malam tanpa menambah pembayaran lagi. Kali ni aku memang dah hilang sabar, dengan sikap bongkak penumpang tu.

‘ encik ni tak faham bahasa kew? Sekarang ni kalau encik nak ambil teksi encik kena tambah harga lain tapi kalau encik nak panjang cerita, saya akan pulangkan duit encik dan encik boleh ambil bas atau jalan kaki balik rumah’ aku meninggi suara dengan penumpang tu.

 Tak sempat penumpang tu bersuara dengan aku, kak sab terus suruh aku ke tepi dan menyelesaikan masalah ni. Bila kak sab dah masuk campur, akhirnya penumpang tu pulang kan tiket dan ambil duitnya semula.

‘sudah la sya, jangan marah2 lagi.’ Kak sab memegang bahu untuk menenangkan aku.
Budak2 lain pun naik hantu dengan sikap penumpang tu, nasib baik la ni waktu bertugas. ‘ sya nanti pergi pejabat terus buat report ok, ini arahan dari abg darus’. Kak sab menyampaikan arahan daripada penyelia dekat aku. Bila semua dah selesai aku pun pulang ke rumah dengan hati yang tengah berhantu lagi.

 “jadi kita sebagai manusia haruslah saling hormat menghormati tak kira la,siapa,dimana dan apa sekali pun pangkatnya, hormat tu penting untuk keharmonian kita…
……sekian, terima kasih……
Nur_ain_asiah
             #jom kita balik semua..heheheheheh

Monday, 19 May 2014

KESUDAHAN MAT REMPIT.

MAAFKAN FARID MAK...
 
 
Jam di tangan aku dah menunjukkan tepat 10.30 malam. Sekitar KL Plaza, Bukit Bintang sunyi dengan pengunjung makin beransur-ansur pulang. Sesekali di hadapanku kelihatan sekumpulan mat motor membuat hingar bingar dan kemudian melakukan pusingan U-turn di hadapan 7-11 dan terus menghilang. “syam, mana awek-awek ni?” Lamunanku terhenti bila disapa oleh farid yang selamba menghisap rokok di atas motornya. farid yang sentiasa menjadi rebutan awek-awek motor kerana wajahnya yang ‘jambu’ baru sebulan menyertai kumpulan mat motorku. Walaupun kadang-kadang perangainya yang playboy tu menyusahkan diriku, tapi aku menyenanginya kerana dia amat hormat akan aku. Setiap kata-kataku tak pernah dibantah.
Sedang aku tersenyum pada farid, telingaku menangkap deruman ekzos motorsikal menuju ke arahku. Rupanya adikku bersama ahli-ahli kumpulan motorsikalku sudah tiba setelah berlumba di Jalan Tun Razak. Kelihatan masing-masing amat teruja dan tak sabar-sabar untuk bercerita akan kehebatan masing-masing. Adikku, anuar terus menuju ke arahku sambil memberikan isyarat bertanyakan awek-awek yang aku janjikan. Sebenarnya petang tadi lisa menghubungi aku mengajak aku keluar. Dan dia menjanjikan untuk membawa lima rakannya. lisa merupakan awek yang selalu membonceng motorsikalku. Tiap kali habis kerjanya di pusat karaoke sebagai GRO, sudah tentu dia akan menghubungi aku untuk keluar berjalan-jalan.


Belum sempat aku menjawab pertanyaan anuar, farid memanggil aku. “syam, lisa ngan member-member dia dah sampai” sambil menunjuk ke arah laluan jalan kaki tidak jauh dari kami. Kelihatan lima susuk tubuh gadis dengan pakaian yang seksi dan menggiurkan. Aku sendiri meneguk air liur melihat lisa yang malam itu dengan skirt pendek dan baju body ketat hingga menampakkan segala lekuk2 dan lurah2. Rakan-rakannya yang lain turut berpakaian menjolok mata.

“Hi abang” sapa lisa dengan manja. “Bang, jom gerak bang. Malas la lama kat sini. Takut operasi nanti” . Aku memberi isyarat untuk bergerak. Rakan-rakanku tersenyum apabila mendapat pasangan masing-masing. Dengan pulasan throttle yang sengaja dipusing berulang-ulang kali, ekzos motorku mengeluarkan bunyi yang bingit hingga menarik perhatian mat-mat motor lain yang lepak di situ. Sambil ‘membakar’, kami memecut meninggalkan Bukit Bintang menuju ke Selayang. Sepanjang jalan terutama di Taman Wahyu, kami berlumba sesama sendiri. Malah sempat juga membuat aksi wheelie dengan pembonceng di belakang. Namun aku perasan farid paling gembira waktu itu, tidak seperti biasa. Hatiku terasa berdebar-debar bagaikan ada yang tidak kena.

Sepanjang perjalanan, tiga roadblock polis kami tempuhi dan semuanya samada kami redah atau berpatah balik dan melalui jalan lain. Tiba di Jalan Parlimen, kami bertembung dengan sekumpulan mat motor lagi. Kami bergabung membentuk kumpulan yang lebih besar dan melayan corner Parlimen yang terkenal di kalangan mat motor di Kuala Lumpur. Setelah lima pusingan, kami mula bergerak menuju ke pusat bandar setelah mendapat maklumat roadblock polis di pusat bandar telah tamat. Ketika itu jam menunjukkan pukul 4 pagi.


Di hadapan Padang Merbuk, farid yang memboncengkan dyia memecut mendahului sambil melakukan aksi wheelies. Tiba di persimpangan lampu isyarat Bank Negara, aku melihat dari jauh farid masih tidak memperlahankan motorsikalnya walaupun lampu isyarat merah. Tanpa disangka, sekelip mata muncul sebuah lori tanah dan terus merempuh farid yang baru sahaja melepasi lampu isyarat tersebut. Bunyi dentuman yang kuat merenggut hati aku. “FARID” hatiku menjerit. Aku dan adik aku segera berhenti dan terus ke tempat kejadian. Keadaan jadi hingar bingar. Kelihatan motorsikal farid yang remuk dengan farid terbaring memeluk motorsikalnya. dyia tidak kelihatan. Rupanya selepas dirempuh, motorsikal farid digelek tayar lori tersebut tanpa sempat farid melepaskan motorsikalnya. Rakan-rakan yang lain hanya melihat dari jauh. Aku melihat farid sudah tidak bernyawa lagi. Darah segar bercampur minyak petrol mengeluarkan bau yang hanyir. Adikku segera mencari dyia dan terjumpa jasadnya di tepi pembahagi jalan, juga tidak bernyawa dengan beberapa bahagian badan patah. Aku masih dapat mengawal diriku manakala lisa, sarah, misha dan zara menangis teresak-esak mengenangkan nasib dyia.

Setelah polis dan ambulan tiba, mayat farid dan dyia dibawa ke hospital. Setelah menghantar lisa pulang, aku terus ke Cheras Baru iaitu rumah farid. Ketika itu, azan Subuh baru kedengaran. Aku memberi salam sambil mengetuk pintu rumah murah itu perlahan-lahan tidak mahu mengganggu jiran lain. Setelah dua minit menunggu, pintu dibuka oleh ibu farid yang bertelekung. Mungkin baru hendak menunaikan solat Subuh. Dalam keadaan sebak, aku menyampaikan berita sedih itu kepada ibu farid. Ibu farid hanya mendiamkan diri sambil tiba-tiba titis demi titis air mata meniti ke pipinya. Aku segera memapah ibu farid ke kerusi. Adik perempuan farid yang baru bangun turut membantu. Ayah farid telah lama meninggal dunia. Ketenangan yang kelihatan di wajah ibu farid walaupun dalam keadaan yang amat sedih membuatkan aku turut mengalirkan air mata. “Abg farid tadi dia nak keluar, tapi mak tak bagi. Tapi dia keluar jugak.” Adik farid memberitahu aku dengan esakan dan air mata. Aku hanya mendiamkan diri sambil memujuk adik farid.

Selepas itu, aku terpaksa meninggalkan ibu farid dan adiknya yang dalam esakan dan linangan air mata bagi menguruskan urusan menuntut mayat farid. Di tanah perkuburan, hanya aku dan adikku sahaja yang hadir. Rakan-rakan yang lain entah ke mana. Hatiku berdetik “Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis tiada siap peduli” sambil melepaskan nafas panjang. Sejak kejadian tersebut, aku amat berhati-hati. Terasa serik di hati bila mengenangkan titik hitam itu. Itulah kehidupan mat motor nakal atau sekarang dikenali sebagai mat rempit. Jangan harap pemergian yang terkorban akan dikenang, malah dilupakan sahaja. Rakan-rakan yang lain selepas hari tersebut masih keluar berlumba dan berpoya-poya walaupun kubur rakan mereka masih merah lagi.

TAMAT.... nur_ain_asiah...

Sunday, 18 May 2014

AKU ANAK YATIM

AKU,,,

aku menjadi anak yatim ketika berusia 7 tahun setelah ayah kembali ke rahmahtollah.Tepat pandangan pakar psikologi kematian merupakan satu peristiwa yang sukar dilupai. Kematian amat memeritkan untuk dikenangan. Bagi aku mengalami kematian seorang ayah ketika usia aku 7 tahun amat sukar untuk dilupakan kerana ketika seusia itu aku sudah merasai kasih sayang dan budi ayah.


Masih aku ingat ayah mengajar berpuasa. Ayah pernah membawa aku keluar ke bandar dan mencari kedai makan kerana aku lapar. Di dalam kedai terdapat ramai orang dewasa menjamu selera kerana tidak berpuasa. Ayah kata mereka uzur. Waktu itu aku tidak faham hukum maka aku hanya melihat mereka menjamu selera begitu enak!

Ayah pernah berpesan, jangan buat jahat. Jangan bunuh binatang ketika berpuasa. Mana aku tahu apa sebabnya. Kesan nasihat itu sehingga kini aku jadi simpati kepada semua haiwan walaupun seekor ular yang sedang melintasi jalan ketika memandu kereta.

Masih ingat ayah pernah berpesan kepada emak agar menghantar aku mengaji di sekolah pondok agar aku boleh menjadi guru agama. Akhirnya aku faham setelah menjumpai beberapa buku catatan bertulisan jawi ketika arwah pernah belajar dengan seorang guru agama.

Kesukaran menjadi anak yatim ialah ketika melihat kawan-kawan memiliki ayah. Malahan semua ayah mereka aku anggap macam ayah sendiri walaupun mereka tidak ketahui.aku hanya berkata di dalam hati, " sahabat ..izinkan aku menumpang ayahmu...". Sebab itu aku ramai ayah angkat yang tidak diisytihar secara lisan. Namun aku fikir mereka faham kerana riaksi aku. Segala teguran mereka aku ingat hingga kini dan Insyallah hingga akhir hayat!

Ketika ayah meninggal dunia, aku sedang demam panas. Badan aku lemah ketika melihat jasad ayah diturunkan ke liang lahad. aku hanya melihat dari  jauh jasad yang selimuti kain kafan diturunkan untuk disemadikan di alam barzah....Ohh aku tiada lagi ayah. Hingga kini sekiranya aku menziarahi sesiapa sahaja yang meninggal dunia paling tidak dapat aku lihat ialah keadaan anak-anak mereka yang kesayuan/kepiluan disaat itu.

Justeru, keadaan sekarang amat baik. Anak-anak yatim dipelihara dengan baik oleh kita. Ada rumah amal atau pihak yang mengambil berat mengenai nasib dan masa depan. Ya, anak-anak yatim harus dijaga perasaan mereka. Jika anak-anak yatim yang ketiadaan ibu ayah ketika masih kecil mungkin perasaan mereka tidak seperti yang sudah remaja. Jaga jiwa mereka. Seandainya ada anak-anak yatim yang dirampas kasih sayang seperti ayah kawin lagi, emak kawin lagi mungkin perasaan mereka akan musnah.

 Harta, jangan rampas hak mereka. Pelihara harta mereka, jangan rampas hak mereka kerana mereka harus hidup dengan peninggalan harta itu. Islam sendiri meletakkan hukum, merampas harta anak-anak yatim berdosa besar.

  Aku pernah melihat dan mendengar kisah-kisah harta anak-anak yatim dirampas dengan kejam dengan berbagai cara yang kasar atau halus.

Ada pihak-pihak yang menggunakan nama anak-anak yatim untuk memungut derma maka mereka harus amanah. Jangan menggunakan nama yatim ketika memungut derma/sedekah, tetapi hasil kutipan diselewengkan. itu pada aku amat mendukacitakan.

Ingat firman Allah dalam Surah AN NISAA' (WANITA)




waaatuu alyataamaa amwaalahum walaa tatabaddaluu alkhabiitsa bialththhayyibi walaa ta/kuluu amwaalahum ilaa amwaalikum innahu kaana huuban kabiiraan
[4:2] Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.




INGAT ini sekadar perkongsian dan sama2 lah kita membantu mereka yang memerlukan...


nur_ain_asiah...